[Selangor] Pelbagai Jawatan

PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

 

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N17

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota ringkas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2).

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).

KELAYAKAN LANTIKAN TERUS KE GRED N27

(d) (i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); atau

(ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); dan

(e) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

ARTIS BUDAYA

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 – 25 tahun dan belum berkahwin pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.

UJIAN KHAS

Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

SYARAT-SYARAT LANTIKAN (TAMBAHAN)

(a) Permohonan selain dari Kaum Bumiputera dialu-alukan.

(b) Sekeping gambar penuh berukuran 3R perlu disertakan.

SYARAT FIZIKAL

(a) Rupa paras yang menarik

(b) Lelaki : Berat – Tidak melebihi 60kg

: Tinggi – Minimum 165cm

(c) Perempuan : Berat – Tidak melebihi 50kg

: Tinggi – Minimum 157cm

 

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dengan harga RM 2.00 sekeping.

b. Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

c. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Para 17.

d. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

e. Permohonan yang berikut akan DITOLAK :-

i) Tidak menggunakan borang PADAT (1).

ii) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.

iii) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak terang.

iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

vi) Borang permohonan yang tidak ditandatangani dan tiada pengesahan.

vii) Permohonan yang lewat.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 OKTOBER 2012

 

Tags: , , , , , , , ,

One response to “[Selangor] Pelbagai Jawatan”

  1. Hasjiah says :

    Sila hubungi saya berkenaan kekosongan jawatan pembantu tadbir(perkeranian/operasi) dengan segera.Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: