[Kuala Lumpur] Pembantu Galeri Gred S27

Planetarium Negara

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Planetarium Negara bagi jawatan seperti berikut :-

 

SYARAT LANTIKAN

PEMBANTU GALERI (S27)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia

ii. Umur 18 – 30 tahun

iii. Diploma dalam bidang Fizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Diploma dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;

atau

iv. Diploma dalam bidang Komunikasi Massa yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Diploma dalam bidang Pengurusan Perhotelan atau Pelancongan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;

atau

v. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Sains;

dan

vi. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

CARA MEMOHON

a) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium.

b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)

e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 01hb Oktober 2012 (Isnin).

f) Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.

g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

h) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: