[Kedah] Pelbagai Jawatan

Lembaga Pembangunan Langkawi

 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun tarikh tutup iklan jawatan.

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : T1)

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : T1)

(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang  diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : T5)

(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : T6)

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia  atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun tarikh tutup iklan jawatan

(c) Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G27:T6);

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili peringkat kebangsaan atau negeri dalam acara-acara sukan.

Taraf Jawatan : Tetap

Paduan/Cara Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di  alamat http://www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang ditolak

Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;

Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;

Tidak lengkap dan tidak terang;

Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

Tidak menandatangani borang permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Oktober 2012.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9667186/7187.

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: