[Putrajaya] Pelbagai Jawatan

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

1.

AHLI FOTOGRAFI B11

2.

JURUSOLEK B11

3.

PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11

4.

PEKERJA AWAM R1

5.

PEKERJA AWAM KHAS R3

6.

PEMANDU KENDERAAN R3

7.

PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1

8.

PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3

9.

PENGAWAL KESELAMATAN KP11

10.

PEREKA B11

11.

TUKANG K2 R11

12.

TUKANG K3 (JAHIT) R9

Cara Memohon

 

(a)        Pemohonan hendaklah menggunakan Borang KPKK 01/09 yang boleh didapati dari

Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Aras 21 Menara KPKK,

Lot 4G9 Persiaran Perdana,

Presint 4, 62100 Putrajaya

atau dalam laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia http://www.kpkk.gov.my.

 

(b)        Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c)        Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

(d)        Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(e)        Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

(i)         tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

(ii)       tidak lengkap atau tidak terang;

(iii)      tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam  iklan;

(iv)       tidak ditulis nombor Kad Pengenalan;

(v)          tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(vi)         tidak ditandatangani.

Alamat Permohonan dan tarikh tutup

 

(a)        Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 21 Menara KPKK,
Lot 4G9 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
 

Tarikh tutup permohonan   : Tiada tarikh tutup permohonan

Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama setahun.  Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN.

 

(b)          Calon-calon yang ingin memohon Borang KPKK 01/09 melalui Pos, hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 16sm x 23sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.50 dan di hantar ke alamat di atas.

(i)            Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon

(ii)           Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut

(iii)          Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: