[Seluruh Malaysia] Pelbagai Jawatan

Malaysian Palm Oil Board

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

PEGAWAI PENYELIDIK

Kelayakan
Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains, pertanian, perikanan, kejuruteraan atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon berkelayakan dan berpengalaman yang berjaya akan ditawarkan pada gred yang lebih tinggi mengikut kesesuaian.


BAHAGIAN PENYELIDIKAN BIOLOGI

Unit Agronomi & Mekanisasi (1 – Kontrak)

Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan Pertanian/Kejuruteraan Mekanikal

Keutamaan
Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Pertanian atau Kejuruteraan Mekanikal dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang industri mekanisasi ladang sawit.  Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís. Keutamaan diberikan kepada calon yang berasal dari Sabah atau Sarawak.


BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN KHIDMAT NASIHAT

Unit Keselamatan Makanan & Kod Amalan Persijilan (8 – Kontrak)

Bidang Pengkhususan
Sains Pertanian/Biologi/Sains Hayat/Kimia/Sains Persekitaran

Keutamaan
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan berpengalaman dalam bidang kimia.

AKAUNTAN

Unit Kewangan & Perolehan – (1 – Kontrak)

Kelayakan:

(i)  Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi  pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iv)  Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

 

PEGAWAI TADBIR

Unit Kewangan & Perolehan (1 – Tetap)

Kelayakan:
Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada intitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Pengkhususan
Pentadbiran Awam, Perakaunan, Kewangan, Pembangunan Manusia, Sains Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan dan Undang-Undang.

Keutamaan:
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bersedia bertugas di luar pejabat.

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Unit Khidmat Komputer & Multimedia (2 – Tetap)

Kelayakan:

1) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

2) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Berpengalaman dan berpengetahuan di dalam pengaturcaraan Lotus Notes, html & open
source, penggunaan MS Office 2007 dan ke atas dan berkemahiran dalam  perisian  grafikadalah satu kelebihan)

PENOLONG AKAUNTAN
Unit Kewangan & Perolehan – (1 – Tetap)

Kelayakan

  1. Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan  dan Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi  pengajian  tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya
  2. Licentiate of The Chartered of Secretaries and  Administrators of United Kingdom’ dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
  1. Unit Institut Tanah Gambut Tropika (TROPI)- (3 – Kontrak)
  2. Unit Agronomi & Mekanisasi (1 – Kontrak)
  3. Unit Teknologi Makanan & Pemakanan (1 – Tetap)
  4. Unit Pengilangan & Pemprosesan (1 – Kontrak)
  5. Unit Tenaga & Persekitaran (1 – Kontrak)

                                                                                                  
Kelayakan :

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains;  atau 
    (Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal) 

2. Diploma dalam bidang Sains / Sains Pertanian / Pengurusan Ladang / Sains Kimia / Kejuruteraan Kimia / Kimia Industri / Teknologi Makanan ) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Pelesenan, Pejabat MPOB Wilayah Utara (1 – Tetap)

Kelayakan

1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal).

2) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan Perniagaan /  Pengurusan Kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

 

PELUKIS PELAN

Unit Pengilangan & Pemprosesan (1 – Kontrak)

Kelayakan :

1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

2) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

3)     Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PEMBANTU PENYELIDIK

1.         Unit Tenaga & Persekitaran  (1 – Kontrak)
2.         Unit Produk Agro  (1 – Kontrak)
3.         Unit TROPI (2 – Kontrak)
4.         Unit Agronomi  & Mekanisasi (4 – Kontrak) 
5.         Unit Pengembangan & Latihan (1 – Tetap)
6.         Unit Bioteknologi Fungsional (2 – Kontrak)

Kelayakan

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau,

(ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau,

iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan

 

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

Unit Keselamatan Makanan &  Kod Amalan Persijilan  (1 – Kontrak)

Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan  lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20.p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)

PEMBANTU TADBIR (P/O)

1.         Unit Pusat Maklumat Sawit (1 – Tetap)
2.         Unit Keselamatan Makanan & Kod Amalan  Persijilan  (1 – Kontrak)
3.         Pejabat Am Biologi (1 – Kontrak)

Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)

 

PEMBANTU AM PEJABAT

1. Unit Tenaga & Persekitaran (1 -Tetap)
2. Pelesenan, Pejabat MPOB Wilayah Selatan (1 – Tetap)
3. Pelesenan, Pejabat MPOB Wilayah Timur (1 – Tetap)
4. Pelesenan, St. Penyelidikan Teluk Intan (1 – Tetap)

 

Kelayakan

1) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

2) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

 

PEMANDU KENDERAAN
  1. Pelesenan, Pejabat MPOB Wilayah Timur (1 – Tetap)
  2. Unit Pengurusan Perladangan & Benih (3 – Tetap)
  3. Pejabat  Am Kejuruteraan & Pemprosesan (1 – Kontrak)
  4. Unit Pengembangan & Latihan (11 – Kontrak)
  5. Unit Integrasi Tanaman & Ternakan (2 – Kontrak)
  6. Pejabat Am Biologi (1 – Tetap)
  7. Unit Agronomi & Mekanisasi (1 – Kontrak)

Kelayakan

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:

Lesen D P1T3 : RM783.10

Lesen E/E1/E2 P1T4 : RM823.94

Lesen F/H P1T5 : RM864.78

Lesen G/I P1T6 : RM905.62

PEKERJA AWAM

1.         Unit Perlindungan Tumbuhan (8 – Kontrak)
2.         Unit TROPI (4 – Kontrak)
3.         Unit Bioteknologi Fungsional (2 – Kontrak)
4.         Unit Biakbaka & Kultur Tisu (3 – Tetap, 2 – Kontrak, 8 – Sambilan)
5.         Unit Integrasi Tanaman & Ternakan (1 – Tetap , 12 – Kontrak) 
6.         Unit Pengurusan Perladangan & Benih (1 – Tetap)
7.         Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Infrastruktur (1 – Sambilan)
8.         Unit Agronomi & Mekanisasi (1 – Tetap)

Kelayakan

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan

(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(iii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

KEPERLUAN BAHASA

Jawatan 1, 2, 4, 5, 6, 8 & 9

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan  3, 7, 10 & 11
Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN

(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Secara Online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat : http://www.mpob.gov.my

(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil/resume sehingga dihubungi untuk temuduga.

(iii) Calon-calon bagi permohonan jawatan PEGAWAI PENYELIDIK adalah dikehendaki mengemukakan cadangan penyelidikan dalam bidang kepakaran pengkhususan yang boleh menyumbang kepada industri sawit negara  diantara 50-150 patah perkataan

(berbentuk esei – Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris).

(iv) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

(v) Tarikh tutup permohonan jawatan pada 24 September 2012.

Pertanyaan / Masalah : onlinejob@mpob.gov.my

 

Tarikh Tutup Permohonan: 24/09/2012

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: