[Selangor] Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) & Pegawai Optometri

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang / Sg Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

1) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (KONTRAK) (CARA KERJA) (GRED U41)

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) PEGAWAI OPTOMETRI (KONTRAK) (GRED U41)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/ bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Setiap permohonan mestilah disertakan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

b) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA  perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan di http://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang /Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  Rabu, 3 Oktober 2012

Sila kemukakan permohonan kepada :

DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG 7
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
NO.TEL: (03) 61264664 / 4615 / 4644 / 4643 / 4629

EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan: 03/10/2012

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: